Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Aktiviti di cuti sekolah........

Tuesday, 16 November 2010


Pagi2 lagi dah keluar, pukul 10 pagi. Aku pukul 6 lagi dah bangun. Tapi, dalam pukul 7.30 pagi sambung tidur balik. Pukul 9 baru bangun.

Best hangout. Aku, Asyraf, Naim, Syahin, Aiman ngan Fathi. Semua datang ngan motorsikal kecuali Fathi, ayah dia yang hantar. Disebabkan lane bowling diambil oleh kumpulan mana entah, universiti kot, kitorang terpaksa tunggu sampai pukul 1 tengah hari. So, kitorang ambil keputusan lepak kat Lagun Kuala Ibai sementara tunggu pukul 1. Fathi umpang motor aku.

Lagun sunyi je sebab hari ni memang hari bekerja dan hanya beberapa sekolah je yang ambil cuti peristiwa. Lagun tu jadi tempat test motorsikal la pulak. Akhirnya, aku berjaya bawak motorsikal yang ada clutch. Thamks kepada Asyraf yang meminjamkan motorsikalnya. Dua kali kau pusing lagun tu.

Then, Aiman bagi cadangan. Pergi kat Pantai Pandak. First time aku pergi kat sana walaupun sejak lahir lagi aku tinggal kat Terengganu nih. Main air. Tulis macam2 kat pasir tuh. Abis kasut aku basah.


Sepasang manusia baru timbul ke darat Naim dan Syahin


Exploring


Koya


Nampak muka baik je.
Don't judge people by their face




Somebody tell me who will be replace the "???"
Pleasee......


Pukul 1,
Bowling time. Muiz join.
First round, aku nombor 3. 98 mata.
Second round, aku nombor 1. 115 mata.
He he. First time dapat mata lebih dari 100.







First round. 98 mata. Tempat ke-3


Second round. 115 mata. Tempat pertama


Habis main dalam pukul 2.30,
Solat kat Masjid Terapung. Borak2 ngan Fathi sampai ayah dia datang ambil dia. Aku ngan Asraf pergi Pejabat JPJ. On the way, jumpa Dayah a.k.a. Nuovo Girl.
Congratz Asyraf. Sorang lagi kawan aku dah dapat lesen P.

Then, makan kat Mayang Village.

Finally, balik !!!!!

0 comment(s):