Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Ore Sanjou !!!!! (I'm arrive)

Thursday, 13 May 2010

Wah !!!
Dah seminggu tak update blog. Tak sempat ar. Banyak sangat homework. Exam pun dah nak dekat. Huh !!!

Orait, first story, kiosk sekolah kami kena pecah masuk. Berlaku antara 2 petang hingga 6 pagi hari Sabtu lepas(1/5/2010) Tapi, kehilangan tak banyak sebab pagi tu duit dalam kiosk Pengurus kewangan, Cik Hidayah dah ambil semua duit not RM 5, RM 10, dan RM 50. Jadi, yang ada tinggal duit not RM 1 je la. Mesti yang pecah masuk tu tertekan sebab dapat ambil duit not RM 1 je. Jumlah kehilangan tak sampai RM 30. Suspek pun dah ada.








(antara gambar2 yang diambil oleh penyiasat persendirian)

Minggu aku baru je habis tengok cerita bersiri Kamen Rider Den-O. Best giler cerita tu.Ni sinopsisnya.



Ryotaro Nogami
adalah pemuda yang sentiasa bernasib malang. Pada suatu hari, ada satu peristiwa ganjil berlaku dan dia terjumpa satu pas yang ganjil milik seorang perempuan misteri. Perempuan itu juga muncul bersama kereta api yang besar yang mampu merentas waktu. Selain itu, dia juga dirasuk oleh satu entiti yang dipanggil Imagin, makhluk masa hadapan yang mahu mengubah masa silam. Sungguhpun keliru dengan krisis yang berlaku, Ryotaro bertukar mennjadi Kamen Rider Den-O untuk menghalang mana-mana makhuluk Imagin yang mahu mengubah masa silam. Dalam pengembaraan Ryotaro, dia disertai oleh:



Imagin yang panas baran, Momotaros(merah); I
magin yang miang, Uratoros(biru); Imagin yang kuat, Kintaros(kuning); Imagin yang kebudak-budakan, Ryutaros(ungu).



Dia kemudainnya bertemu dengan Yuto Sakurai dan




.Yuto adalah Kamen Rider Zeronos dan juga pengambara waktu. Dia adalah versi masa silam tunang kakak Ryotaro yang menghilang secara tiba-tiba, Sakurai, dan mempunyai kaitan dengan kemunculan Imagin. Korang try ar tengok cerita ni. Best giler lawak dia. Memang sure korang akan tergelak tak kira secara manual atau automatik.



Hari Sabtu kena pergi sekolah, ada gotong-royong. Hari ahad, Hari Guru.....Yay !!! tak payah belajar....

OPPSSS!!!!!

Mid-year exam tinggal 5 hari je lagi. Weh, Sejarah, Mathmod ngan BI je baru study. Tu pun sikit je. SMKDRI students yang lain macam mana? Dah study ke ?

P/S: Exam atau tak, PC mesti on.....Ha3

0 comment(s):