Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

The War !!!!

Sunday, 25 April 2010

The WAR !!!!.....

Bukan perang la, mid-year exam je. Mid-year exam tinggal tak sampai sebulan je gi. Ni memang kena fight betul2 ar. Sebab tu tajuk post ni The War !!!!

Kelmarin ade Anugerah KecemerlanganPelajar PMR dan SPM. Tahniah kepada semua yang berjaya. Adi, your sister dapat straight A's. Boleh ke kau nak challenge Adi ? Lepas abis majlis anugerah tu, sambung pulak dengan Mesyuarat PIBG. Tapi, pelajar2 tak terlibat so ? Keluar la. Capturing pic time


VIP


.Plak Anugerah


Story for today,
Oleh sebab bosan duk kat rumah, ber"facebook" tak sudah2. Aku pun membawa diri ke sekolah. Mula2 samapai tu terkejut ar. Ramai sangat orang. Kawad baru abis rupanya. Masuk dalam sekolah jumpa Aiman ngan Nasir (betul tak nama dia ?) main basketball. Aku pun join la sama. Best ar main. Entah berapa kali masuk tadi. Tapi, banyak ar. Tengah2 main hujan pulak. "Ada aku kesah ?". Teruskan permainan kata pengadil. Sejuk je main tengah hujan. Nasib baik tak demam.


Hujan lebat doe


Masa ni renyai2 je


Aiman ngan Nasir

Wei, exam tak sampai sebulan je gi. Kena atur strategi betul2 kali ni. Sekurang-kurangnya biar lepas GPA 4. Biology ngan Addmath. Rasanya bukan subjek tu susah, kita sendirik yang fikir subjek tu susah. Kalau orang lain boleh 96 % Addmath. Mustahil kita tak boleh buat macam tu jugak.

Tu je la untuk post kali ni. Nak makan pulak. lapar.......

Persiapan Mesyuarat PIBG dan Anugerah Kecemerlangan SMKDRI

Friday, 23 April 2010

Hari ni nak citer sket pasal persiapan Mesyuarat PIBG dan Anugerah SMKDRI. Pukul 3 aku sampai kat skolah. Masa tu Yong, Azhar, Hanafiah, Muslim dan beberapa orang lagi termasuk cikgu2 dah ade kat dewan. Masuk dewan je terus tolong angkat2 meja. Lepas tu, susun kerusi atas pentas, susun bunga, susun pasu dan lain2.

Lepas tuh, gi 7-E jap ngan Hanafiah. Beli air 100+ ngan 7UP. Balik smula skolah tengok Syafiq rempit. Gile bebenor dia pecut. Macam nak lumba halal je. Syafiq bawak laptop. Muslim nbawak pendrive dia. Syafiq, scan laptop tu. Pendrive Muslim tu bawak virus.


Then, ambik gambar dalam dewan lepas siap susun sume. Bermulalah sesi bergambar.


Berehat sebentar bersama air mineral


Sesuka hati


Bakal2 VIP masa depan.


Syafiq Sempit the movie




Masa nak balik, sesuatu telah berlaku. Motor Muslim rosak. Tak idup2 sampai la ayah dia datang. Ayah dia datang pun tak idup2 jugak. Akhir sekali, tunda manual. (tunda sendiri la). Kesian Muslim

Kepada pelajar2 cemerlang PMR dan SPM SMKDRI 2009, hadirkanlah diri anda yep.. Jangan tak datang pulak......................................


Result exam..................(EPISODE 2)

Monday, 19 April 2010

Hoya hoi....................

Dengan dapatnya result exam untuk BI, maka lengkaplah result exam untuk UP1. Dan keputusan rasminya adalah:

BM ~ 64 % ~ B
BI ~ 76 % ~ A-
SJ ~ 64 % ~ B
PAI ~ 88 % ~ A
Math Mod ~ 64 % ~ B
Add Math ~ 32 % ~ E
Biology ~ 41 % ~ D
Chemistry ~ 68 % ~ B+
Physic ~ 54 % ~ C

1A 1A- 1B+ 3B 1C 1D 1E (2A 4B 1C 1D 1E)

GPA ~ 4.33

551/900 = 61.22 %
Okay ar tu, walaupun tak cemerlang sekurang-kurangnya tak ada G. Markah keseluruhan pun meningkat 61 markah. Tapi, Bio ngan Addmath, aduhaiii.... Teruk. Makah turun mendadak. Tak per. Mid-year exam aku try selesai masalah tu. (kene tunggu exam dulu ke ?)

Hari Sabtu ni ada Mesyuarat PIBG & Majlis Anugerah Kecemerlangan. Untuk Pelajar Cemerlang PMR 2009 pun terlibat sekali. Tapi, yang dah tukar sekolah tu tak tau la nak datang ke tak. Hari sebelum tu pulak,(hari Jumaat la) kena datang sekolah pukul 3.00 petang untuk kemaskan dewan. Antara yang konfirm terlibat aku, Syafiq Zainal, Amirul Azhar dan............Sape lagi ek ? Syafiq, sape lagi yang terlibat ? Tolong bagitahu sket.

Ok tu je la untuk post kali ni.

Izinkan saya menamatkan post ni dengan serangkap pantun dua kerat,

Exam kali ni tak excellent lagi,
Mid-year exam cuba lagi.