Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Minggu pertama puasa....(-_-)"

Wednesday, 18 August 2010

Puasa memang buat aku mengantuk. Selalu tidur dalam kelas nak2 kalau tengah hari. Tadarus Al-Quran lancar je. Exam pun dah dekat. Huh......kena fokus betul2 beb...

Aku kurang bercakap ngan kawan2 aku terutama perempuan. Diorang ingat aku ade masalah, tapi serius aku cakap, aku cuma nak fokus untuk exam + mengantuk + malas nak bercakap. Itu je, jadi jangan la korang risau ye.



Selamat berpuasa untuk korang.

Tepi sungai ade buaya,
Panggil bomba terus cekup,
Jangan sibuk nak beraya,
Kalau puasa tak cukup.

Selamat berpuasa

Wednesday, 11 August 2010

Ramadhan tiba lagi !!

Owh.... Dah seminggu tak updated blog. Tak sempat ar. Dengan latihan berlambak-lambak, 5 karangan, dan latihan AddMath, tak lupa jugak Mathmod. Karangan dah siap. AddMath ngan Mathmod malasnya nak buat. Argghh !!!! Tekanan betul la dengan dua beradik Math ni.

Hari Isnin aku tak pergi sekolah. Ade ujian JPJ. And aku lulus.....Tahniah Faris......Hari ni lesen P pun da siap.

Hari ni ade majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan. Lepas tu ade ceramah drpd Ustaz Zam. Tajuk "Sinar Ramadhan". Mula2 klakar. LAma2 sket lepas tu mula la ramai yang menangis. Yang duduk tepi aku pun menangis jugak(nama dirahsiakan).Aku ?? Dah kalau hati tak beberapa lembut mmg susah sket.

Ok la, nak buat homework AddMath pulak. Walaupun tak beberapa rela, tapi kena buat la jugak.....




Happy birthday diucapkan kepada:

Muiz Mokhtar = 4 Ogos
Akiela = 10 Ogos.

Sori lambat wish......moga2 korang cepat dapat lesen, boleh konvoi raya ramai2.

[NO TITLE] 2

Monday, 2 August 2010

Lamanya tak updated blog, takde benda menarik pun nak kongsi kat blog ni.

Eh ??!!!
Exam 29/8 ni. Dalam 20 hari je lagi. Tapi, semua subjek tak abis lagi belajar. Mathmod je dah habis. Sekarang ni, mathmod buat revision je. Study untuk exam aku tak mula lagi tapi strategi untuk study aku dah rancang.

Entah apasal minggu ni aku jadi rajin skit dari biase, balik skolah pukul 4.30 petang sebab buat homework. Bagus ar kalau rajin aku tu kekal sampai akhir tahun ni. Untuk exam akhir tahun ni kena fight untuk rebut kedudukan dalam kelas no.1 pulak. Cikgu dah cakap aritu kelas pertama untuk form 5 akan diberi perhatian intensif. Banyak kem kecemerlangan khas untuk kelas pertam. Memang rugi kalau tak dapat tempat dalam kelas pertama. Sekarang ni, students kelas no. 2 ramai yg dah terjamin peluang untuk masuk kelas pertama tahun depan.

No way !!!! Aku tak kan biarkan diri aku turun kelas. Sepanjang 12 tahun aku sekolah(termasuk tadika), aku tak pernah turun kelas.

Korang doakanlah kejayaan aku ea........

So that's all for this post...........See ya'

P/S: Ni adalah post ke-100 blog ni. HA ha (^_^)