Sejak sebulan yang lalu, aku selalu dilanda mimpi2 yg pelik. Malah ada sampai tak masuk akal. Aku fikiran kadang2 terganggu bila fikirkan mimpi2 tu.
Antara mimpi2 pelik tu:
1) Aku bermimpi seorang pelajar perempuan (nama dirahsiakan) memberi semangat kpd aku utuk menghadapi peperiksaan.
Aku boleh agak suasana mimpi itu adalah beberapa minit sebelum peperiksaan coz dalam mimpi tu aku nampak semua pelajar duduk di meja di dalam dewan. Manakala, aku dan pelajar perempuan tersebut berada di luar dewan. Mungkin mimpi ni biasa bagi sesetengah orang. Tapi, kenapa dia? Aku tak pernah bercakap dengan dia pun tapi tiba2 muncul dalam mimipi aku.
2) Aku mimpi aku dapat slip keputusan PMR yang kosong.
Memang aku dapat slip keputusan PMR tapi slip itu kosong dan tiada sebarang tulisan kat slip tu. Dalam mimpi itu, aku nampak ramai pelajar yang bergembira selepas keluar dari dewan. Mungkin kerana mendapat keputusan cemerlang. Hmmm....Slip keputusan PMR yang kosong. Agak mustahil untuk berlaku.
3) Aku mimpi aku terjun dari sebuah bangunan yg tinggi.
Mimpi ni sangat menakutkan. Dalam mimpi tu aku terjun dari bangunan yang sangat tinggi. Mimpi itu membuatkan aku terkejut beruk dari tidur. Giler !!!
4) Aku bermimpi salah seorang rakan sekolah rendah menjadi gila.
Mimpi ni aku alami semalam. Aku bermimipi aku berjumpa dengan rakan2 sekolah rendah aku (miss them so much) kat sebuah tempat. Tapi, salah seorang drpd mereka menjadi kurang siuman. Pelik. Itu saja yang aku boleh katakan.
Semasa termenung di dalam kelas, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri, kenapa semua ni muncul dalam mimpi aku sejak sebulan ni ? Entahlah. Ada dua/tiga lagi mimpi pelik yg aku alami tapi aku tak nak tulis di sini. Apa2 pun aku harap lepas tulis blog ni, fikiran aku tak terganggu lagi. PMR pun tinggal 5 hari lagi. Jadi, aku perlu pastikan aku berada di tahap terbaik untuk menghadapi PMR.
Cornflakes Madu ! :)
8 years ago



3 comment(s):
risk..mimpi biasalah...org kata tu mainan tido..
tp ada sesetengah mimpi tu ada petunjuk di sebaliknya..kena pandai2 lar menilai sesuatu mimpi tu..
ntah2 tuhan nk bg satu petunjuk yg kita x tau kan..
saper yg tau..huhu..
betol dop
btul, btul, btul(ipin style)
sabo jela faris wei
hah!
org yg mg mimpi 2 bdk 2 kew @ SOMEONE ELSE ORR?
Post a Comment