Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wah!! Kene suntik

Thursday, 30 July 2009

Pagi tadi, teacher Sally membuatkan kebanyakan pelajar kelas 3 kindi kecut perut.

"3 Kindi, 8.30 pergi bilik rawatan," kata teacher Sally.

Semua pelajar 3 kindi faham apa yang akan berlaku iaitu kene suntik. Sebaik saja mendengar teacher Sally berkata begitu, jantung aku mula berdegup lebih laju dari biasa. Nurse lambat sampai. Kelambatan itu menambah lagi kedebaran aku. Untuk mengurangkan debaran, aku terus membuka buku kesayangan aku untuk menulis jalan cerita bab 7 untuk blog aku yang satu lagi. Ternyata aku berjaya megurangkan debaran aku kerana kepala aku hanya memikirkan jalan cerita tersebut tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar aku. Debaran aku kembali apabila melihat nurse2 tersebut sampai. Sementara menanti pelajar2 perempuan kene suntik dulu, aku membuka semula buku aku untuk menyambung apa yang aku buat tadi.

Nurse panggil semua pelajar lelaki masuk dan menerangkan beberapa perkara tentang sebab suntikan itu diberi dan tujuan kedatangan nurse ke sekolah2. Tiba2 nurse tersebut menanyakan soalan pada aku.

"Beri tiga sebab nurse2 mari kat sekolah awak seperti yang nurse sebutkan tadi." kata nurse tersebut.

Aku yang agak terkejut dengan serangan nurse itu. Walaubagaimanapun, aku berjaya menjawab soalan nurse tersebut dengan tepat. Nasib baik aku mendengar semua yang dikatakan oleh nurse tersebut walaupun tidak menumpukan perhatian. Jawaapan bagi soalan nurse tersebut adalah:

1)memberi rawatan ringan.
2)memberi suntikan imunisasi.
3)memberi pendidikan kesihatan.

Sakit betul kene suntik, tapi beberapa minit lepas tu dah tak sakit. Tak berbaloi langsung kedebaran aku dengan sakitnya yang tak beberapa sakit itu. Kalau nak dibandingkan kesakitan kene suntik tu, sakit lagi kene teknik memulas perut Cikgu Nazaraly atau kene teknik melekuk Cikgu Shamsudin. Aku antara orang yang terawal yang kene suntik. Kirenye aku ni berani la. Ntah mengapa yong jerit macam orang gile.sakit sangat ke? ha ha.......

0 comment(s):