Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Setelah sebulan ku berada di sini....

Friday, 13 July 2012


Salam semua !
Aku kembali lagi untuk membebel dalam blog ni. 
Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah sebulan lebih aku ada kat 
CFS IIUM. 

So, now, 
aku nak citer pasal apa yang dah berlaku sepanjang minggu dua yang lepas.
Here we go ! (*_*)

First,
aku jadi salah sorang biro sukan 
untuk Engenius>>(society untuk course Engineering kat CFS IIUM).
Aku dimasukkan dalam section "special task".

Bunyi macam hebat je, tapi actually tugas tu sebenarnya adalah
untuk uruskan bahagian hadiah & medals untuk acara sukan. Event sukan ada 3,
tapi semua acara sukan cuma akan start semester depan. 
Tak sabar nak tunggu semua tu, sebab aku nak join balik team bola sepak lepas ni.
Aku nak ambil balik posisi yang dah lama aku tinggalkan tu....=)

Secondly, 
aku baru je apply untuk jadi sub-committee 
untuk FSCC[Foundation Students Coordination Council].
Yang aku apply ni special untuk yang mahir photograpy, photoshop, editing video & animation, so, apa lagi, aku mintak borang kat booth FSCC. Kebetulan pulak yang urus booth tu salah sorang senior yang aku selalu jumpa.
Untuk yang rapat dengan aku, sure korang tau kenapa aku nak sangat join FSCC ni, kan ?

Thirdly,
aku baru je hadapi test physic tadi. 
Unfotunately, the test doesn't going well. Aku banyak buat silap.
Silap pilih formula, silap unit pun ada rasanya.
Ada satu soalan tu, aku dah buat sebelum ni, tapi ntah macam mana tadi aku tak dapat
buat jugak soalan tu.
Hurmm.....[-_-"]..

That's all.
Tu je untuk post kali ni. Kalau sempat, malam ni nak buat satu
lagi post. Dan, aku nak tambah feature baru untuk blog ni, which is "Labels".
Memandangkan banyak sangat dah post dalam blog ni, aku terpaksa letakkan label untuk
mudahkan aku cari apa yang aku nak nanti.
So, memandangkan hari dah petang, aku nak bersiap untuk turun ke padang.
I'm going to play football !

Padang CFS IIUM

See you all later,
Assalamualaikum......

My latest gadjet ! ~Asus 1215B~

Friday, 6 July 2012


Okey !
Salam semua.

Ini post pertama aku untuk bulan ni.
Sekarang, peluang nak post dalam blog ni agak berkurang sikit,

atas sebab kesibukan yang nyata dan juga takde mood.

So, now, I'm going to talk about my latest gadjet.
A notebook, Asus 1215B.

Aku beli notebook ni dah nak dekat 3 minggu (17 Julai),
tapi aku baru je daftar Celcom broadband minggu lepas.
Settting itu, setting ini, update itu, update ini, 
sekarang baru dapat citer pasal ni.

Aku beli notebook ni kat Lowyat Plaza, KL.
Kebetulan pulak time nak outing tu, kitorang jumpa sorang ni, Adi nama dia. Asal Shah Alam kalau tak silap. 
Dia pun nak pergi Lowyat, so dia ajak sekali. Dia tunjuk macam mana nak pergi sana. 
Kira pemandu pelancong la dia ni. Sebab dia dah familiar dengan KL.
Then, dia tunjukkan satu kedai laptop ni yang dia selalu pergi.

Waktu nak pilih tu,
first ingat nak ambil jenama Lenovo, tapi yang tu takde WLan port. USB port pulak ada 2 je. 

Bateri pun tak boleh nak cabut sebab bateri yang lenovo tu dipasang kat dalam. 
So, seller tu suggest Asus 1215B ni.
Ada ciri-ciri yang aku nak. Colour & body pun cantik. 

Aku pun pilih la yang ni. Disebabkan ada student package, dapat harga murah sikit.

Untuk package yang aku beli ni, harga dia RM 1380.
Notebook + mouse + cooler + headphone + LCD cleaner + mouse pad 

Overall, 
notebook ni cool !
Ringan, tak tebal sangat, memenuhi kehendak aku sebagai pengguna.

Ok, setakat ni je untuk kali ni.
Kat bawah ni ada gambar Asus 1215B.
Korang tengok la ye.
See you in the next post......(^_^) 





My life as the CFS IIUM student....(""_"")

Saturday, 30 June 2012


Salam semua,
dah dekat sebulan aku tak merepek kat blog ni.
Habis berhabuk kereta aku dalam blog ni.

Ok, dah baca title post ni ?
Post ni menandakan aku hampir genap sebulan jadi sebahagian daripada
family of CFS IIUM.
Dah nak dekat sebulan aku kat PJ ni. Sekejap je rasanya.

Study ?
Berdasarkan result entrance test aku, 
program yang aku dapat kat sini adalah 2 tahun.
2 tahun ? Lama tu. 
Tapi, aku ingat nak teruskan je kot. At least, jadual aku tak la padat sangat.
Lagipun, aku ni bukan jenis struggle.
Aku ni slow and steady je.

Untuk semester ni , aku kena ambil 4 subjek je:
~ Physic 1
~ Math 1
~ English level 5
~ Arabic level 1

Kalau tengok jadual, nampak macam padat.
Yang nampak padat tu sebab subjek English dan Arabic.
English 9 jam seminggu, Arabic 8 jam seminggu. Tapi, belajar steady je.  
Banyak waktu terluang. Semester akhir nanti pun aku kena ambil 3 subjek je.
Lagi relax. 
Yang penting, aku nak dapat pointer 4.0 untuk exam nanti.

My daily life ?
Kemas bilik, baju, pergi kelas.
Rancang apa yang patut.
Kalau takde kelas petang, main bola.
Malam, buat kerja, sembang dengan roommates.

My life in PJ ?
Memandangkan PJ ni berjiran dengan KL, so, hari outing memang menjelajah KL la.
Midvalley kurang 10 minit je dari sini.
Dah banyak tempat aku pergi. 
Kenderaan awam semua dah naik. Tapi, teksi tak naik lagi, mahal !


Ni pulak beberapa gambar dari IIUM....

 Dokumen minggu ta'aruf

 Malam kebudayaan

 Al-Malik Faisal Hall
(view dari Mahallah Abu Bakar)

Taman berhampiran kawasan pejabat. 

 View taman dari atas

Kolam air pancut 

Mahallah Umar Al-Khattab (UKC)
Blok kediaman aku

View kawasan tengah UKC
Padang yang dikongsi oleh beribu students CFS IIUM