Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Suprise Cake + BBQ + Message.

Friday, 10 December 2010


Yuhhhuuuu !!!!



Happy Birthday Aiman and Fathi
Celebrate awal 2 hari.


Bar+beku


Dengan semangatnya beliau, Alia


Arif@Yong tertangkap ketika mem'BBQ'kan ayam
Terkejutz beliau.


Makan je kerja. Katanya nak tambah berat badan.
Siti si kecik.


Gambar di atas menceritakan apa yang telah berlaku.

Jamuan akhir tahun PUM akhirnya berjalan jugak. Sekali dengan suprise kek untuk birthday Fathi ngan Aiman. Dan Fathi juga dapat hadiah dari orang tu. Special beb. Tapi, Cg. Zainun duk perhati je masa Fathi diberikan hadiah tu. ha ha.

Cikgu. Jangan salah faham yep. Diorang tak kapel.

Nak hidupkan api punya la lama. Arang masalah betul la. Tapi, lepas hampir sejam berusaha jadik jugak.

Berlangsungnya Honda Cream Battle. Pertarungan menconteng arang ke muka ......eh silap......menconteng cream kek. Syah the Wave 100 VS Eika the Icon.
Abis motor Syah jadi motor cream. Lawa beb motor kau.
Yang peliknya, Syahin the Scooter pulak jadik mangsa. Ibarat Syah dan Eika berperang, Syahin tergolek di tengah2.

Pukul 11 pagi start keluar rumah, pukul 7 lebih baru balik. 8 jam tu. Baju pulak abis bau asap. Adui la. Nasib baik parents tak marah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ermm.....
Pagi tadi, aku tunjuk mesej2 yg 'A' jahat hantar kat Alia. Dia siap ketawa pulak. Tapi, memang patut pun. Aku tunjuk sekali kat Faiz, Muiz ngan Fathi. Semuanya sama je. Ketawa jugak. Ye la mesej2 yg tak masuk akal. Walaupun aku marah kalau dia hantar mesej, tapi kadang2 nak ketawa jugak baca mesej2 yang menunjakkan dia ni seorang yang kurang bijak. Ataupun mungkin dia ni dah hampir hilang kewarasannya.

Apa2 pun,
STAY SAFE !! PEACE !!

You don't believe it ??? Just believe it..........

Tuesday, 7 December 2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selamat menyambut Awal Muharram,

Percaya atau tidak, salah satu antara masalah aku yang mungkin antara paling berat aku pernah hadapi selesai pada hari ini. Mungkin rahmat daripada Allah.

Pasal gambar kat atas tu, aku 'capturescreen'kan dari 'wall' Facebook aku. Korang bacalah ya.

Huraian tentang 'post' tu,
Setelah hampir lebih kurang sebulan masalah ini melanda aku. Aku buat macam2 untuk selesaikan masalah ni. Aku mintak tolong beberapa orang kawan yg diketuai Faiz Hadi, yg lebih dikenali sebagai 'penceramah' atau 'power ranger'(pelik bebenar nickname kau) dalam kalangan kawan2 aku. Selepas pelbagai idea dicurahkan, sokongan yg diberikan oleh kawan2 aku. Tepat 7 Disember bersamaan 1 Muharram, masalah ini selesai. Aku bersyukur sangat.

Semuanya disebabkan oleh perempuan yg bernama 'A', aku hampir tersungkur. Kehidupan seharian aku tak ceria, emosi terganggu. Seperti yang tertulis dalam 'post' aku yang sebelum ni, "Cheer me up".
Kemudian, seorang perempuan yang juga bernama 'A' telah memberi idea untuk menyelesaikan masalah aku. Berbekalkan nama dia dan dua buah handphone, masalah itu selesai jugak.

Thanks, to 'A'. Seriously, your name help me, saved me, and honestly, I like you.(gila berani punya statement)

Kesimpulannya,
Disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan.

You don't believe it ??? Just believe it......

Anda tak perasan ?? Atau buat2 tak perasan ??

Thursday, 2 December 2010


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.



15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.