skip to main |
skip to sidebar

Banyak rahsia orang lain yang terbongkar hari. Seronok jugak dapat dengar rahsia orang lain. Tapi aku tak boleh nak bagitau sebab name pun rahsia.
Hari ni jugak aku jumpe tiga orang senior. Mula2 2 orang senior ting. 4 yang(aku tak ingat nama diorang) semasa rehat yang kini bersekolah di SMK Sheikh Abdul Malik. Dia kata nak hantar buku teks yang dia pinjam. Semasa petang pulak jumpe abg. Alif. Ntah dia nak buat ape.
Apasal Trial PMR ditangguhkan? Sebab H1N1 ke? Habis hilang semangat aku. Banyak negeri lain dah mula atau habis trial. Tak faham betul aku. Tapi bagus gak. Aku baru 20% bersedia.
Hari ni cikgu mengadakan untuk pelajar-pelajar elit disebabkan ramai pelajar pergi ke kem di Qurata Reasort. Hari itu bosan sebab ramai kawan-kawan aku tak ade.
Slot pertama pada pagi itu adalah Bahasa Inggeris yang diterajui oleh Teacher Latifah. Teacher buat literature tentang 'Potato People'. Teacher bahagikan semua pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada dua orang ahli. Susah betul nak buat. Kumpulan aku dapat soalan tentang character. Jenuh nak membuatnya. 'Rakan' sekumpulan aku pulak pergi round kat kumpulan lain. Tinggal aku sorang2 buat kerja. Tak habis2 menyakitkan hati aku.
Slot kedua pulak slot Bahasa Melayu komsas. Aku dapat soalan tentang latar novel ' Timulak Kapal Perang'. Sejam baru aku siap. Lepas siap, aku round2 cari idea untuk e-novel aku.
Kem habis awal, jadi aku ngan Faiz, Aiman ngan Yong round satu skool. Lepas habis sembahyang, aku ngan Aiman pergi makan roti canai kat kedai depan skool. Lama betul tak makan roti canai, ha ha...........................................................................