Ok, seperti yang aku beritahu dalam post lepas,
aku ada apply untuk join FSCC.
~Foundation Students Coordination Council~
Actually, aku pelik sket, tengok form untuk apply, banyak melibatkan
pasal photoshop, video animation, berkaitan dengan seni digital la.
Tapi, akhirnya aku termasuk dalam Entrepreneurship & Sponsorship Bureau.
Pelik.
Dengan pergi interview tak prepare, dapat team interview pulak dengan senior perempuan.
Nasib baik 2 orang senior tu talkaktive sket. Sis Naquiyah & Sis Nabilah.
Untuk team interview, kena buat presentation pasal satu produk, dan masa untuk bersedia
cuma 10 minit !
Brainstorm giler-giler kitorang masa tu. Since aku pernah terlibat dengan PUM sebelum ni, aku ambil pengalaman lepas untuk digunakan. Presentation berjalan, banyak tersangkut.
Maklumlah, presentation dalam bahasa Inggeris kot. Otak proses maklumat 2 in 1.
Nak proses pasal produk lagi, nak translate lagi.
Lepas presentation, kitorang sembang-sembang jap, then balik mahallah la.
Banyak benda lagi nak buat lepas tu.
Seminggu lepas tu,
aku dapat mesej dari FSCC ni. Aku berjaya untuk interview.
Maka bermula la minggu busy aku.
First meeting, aku dilantik jadi setiausaha. Sis Naquiyah yang cadangkan pada
Head of Bureau, Bro Syafiq, & Assist. Head of Bureau, Sis Syaza.
Then, minggu yang sama, ada program Induction of FSCC.
Semua yang terlibat dengan FSCC wajib hadir program tu.
Hari Sabtu, pagi sampai tengah malam, hari Ahad pulak pagi sampai tengahari.
Hari-hari seterusnya, aku tak lagi boleh senang-senang nak buang masa.
Banyak masa terluang digunakan untuk urusan berkaitan kerja aku sebagai setiausaha.
Luckily, kat sekolah dulu aku pernah jadi setiausaha untuk kelas 5 Al-Kindi dan
pernah terlibat dengan PUM. Pengalaman yang ada tu dapat la aku gunakan
untuk hadapi semua ni.
Thanks pada Teacher Zuriati kerana lantik aku sebagai setiausaha kelas tahun lepas,
thanks jugak pada Alpha Elite.
That's all from me for this post.
See you in next post.
Coming soon....




0 comment(s):
Post a Comment